Wednesday, August 15, 2012

Pengenalan Mekatronik

Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanikal, elektronik dan perisian. Tujuan bidang kejuruteraan ini ialah kajian tentang automasi dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem hibrid.


Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila digabungkan, membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata dasar "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah syarikat Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi".

Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini menghasilkan ciptaan seperti robot, pengesan pintar dalam sistem kawalan anti-brek kunci (ABS) dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik juga merupakan produk mekatronik seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital.

Gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan satu model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan kawalan. Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan.

Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua gabungan ini.

Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik kejuruteraan, mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem, elektronik dan komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik.

Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik untuk merangkumi produk dan proses dari segi:
  1. sistem pemodelan dan rekaan
  2. penyatupaduan atau integrasi sistem
  3. penderia (sensor) dan penggerak (actuator)
  4. sistem kawalan pintar
  5. robotik
  6. sistem pengeluaran
  7. sistem kawalan gerakan
  8. sistem kawalan bunyi dan getaran
  9. sistem peralatan mikro dan opto-elektronik 
Semoga pengenalan ini memberi info  kepada anda semua mengenai bidang kejuruteraan mekatronik

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_mekatronik

3 comments:

  1. makasih sbb banyak membantu tetapi bahan bantuan agak membosankan perlukan animasi agar pembaca tertarik

    ReplyDelete
  2. adakah mesin pengisar produk mekatronik ?









    ReplyDelete